Air Terjun Telaga Tujuh ini terletak berdekatan dengan Oriental Park, atau Cable Car Langkawi.
Di sini terdapat 7 kolam kecil yang dikatakan dalam lagenda orang
tempatan sebagai tempat puteri-puteri kayangan mandi-mandi di bumi
sebelum ia diceroboh manusia.
Tempat ini sangat popular di kalangan pelancong asing tetapi kurang
popular di kalangan orang tempatan yang sudah biasa dengan air terjun.
Pendakian dengan Tangga
Untuk ke sini anda perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga yang agak curam (kira-kira 30 minit). Jadi pastikan anda dan anak-anak cukup cergas dan bersedia dengan air mineral secukupnya.Jika anda keletihan, anda boleh berhenti rehat di tempat duduk yang disediakan. Anda boleh makan ringan di sini, tapi ia bukan mudah kerana monyet-monyet liar bersedia menunggu untuk merampas makanan anda.
Tips Air Terjun Telaga Tujuh
Jangan bawa benda yang tidak berkenaan dan membebankan seperti beg tangan dan lain-lain. Tidak barangan bebas cukai untuk dibeli di atas sana.Antara waktu terbaik ke sini ialah pada waktu petang atau awal pagi. Pada waktu ini, jumlah pengunjung selalunya kurang.
Jungle Trail Telaga Tujuh
Jika anda datang bersama rakan yang cergas dan memang sukakan hutan, anda boleh meneruskan perjalanan dari Telaga Tujuh dan masuk ke dalam jungle trailnya.Namun begitu, ia bukan untuk semua orang kerana laluannya kadangkala sukar dan merbahaya. Pastikan anda membaca arahan di papan tanda yang di sepanjang laluan.

No comments:
Post a Comment