Monday, 11 May 2015

Kampung Air Hangat








Kampung Air Hangat ialah tempat dimana anda dan keluarga dapat bersama-sama menikmati air panas semulajadi Langkawi yang dikatakan mempunyai khasiat kesihatan tersendiri.
Berbeza dengan kebanyakan air panas di Malaysia, air panas di sini datangnya dari air masin dan bukannya air tawar.
Di sini kolam air panasnya dibahagikan kepada beberapa tahap — dari yang paling panas kepada yang hampir sejuk agar sesuai dengan anda.
Tempat ini dahulunya cukup popular, tetapi dengan adanya banyak kolam air panas di Malaysia, ia kurang dikunjungi walaupun diletak sebagai antara tarikan di Pulau Langkawi ini.
Jadi jangan terkejut jika hanya anda dan keluarga sahaja yang berada di sana sewaktu kunjungan.

 

Jakuzi

Jika cuaca terik Langkawi belum cukup untuk anda, anda dan keluarga boleh berjakuzi di bilik khas yang disediakan di sini.
Untuk bilik yang boleh memuatkan anda sekeluarga, kosnya bermula dari RM 100 sejam

 

Harga Tiket

Masuk percuma

 

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 6 ptg

Air Terjun Telaga Tujuh







Air Terjun Telaga Tujuh ini terletak berdekatan dengan Oriental Park, atau Cable Car Langkawi.
Di sini terdapat 7 kolam kecil yang dikatakan dalam lagenda orang tempatan sebagai tempat puteri-puteri kayangan mandi-mandi di bumi sebelum ia diceroboh manusia.
Tempat ini sangat popular di kalangan pelancong asing tetapi kurang popular di kalangan orang tempatan yang sudah biasa dengan air terjun.


Pendakian dengan Tangga

Untuk ke sini anda perlu mendaki kira-kira 600 anak tangga yang agak curam (kira-kira 30 minit). Jadi pastikan anda dan anak-anak cukup cergas dan bersedia dengan air mineral secukupnya.
Jika anda keletihan, anda boleh berhenti rehat di tempat duduk yang disediakan. Anda boleh makan ringan di sini, tapi ia bukan mudah kerana monyet-monyet liar bersedia menunggu untuk merampas makanan anda.

Tips Air Terjun Telaga Tujuh

Jangan bawa benda yang tidak berkenaan dan membebankan seperti beg tangan dan lain-lain. Tidak barangan bebas cukai untuk dibeli di atas sana.
Antara waktu terbaik ke sini ialah pada waktu petang atau awal pagi. Pada waktu ini, jumlah pengunjung selalunya kurang.

Jungle Trail Telaga Tujuh

Jika anda datang bersama rakan yang cergas dan memang sukakan hutan, anda boleh meneruskan perjalanan dari Telaga Tujuh dan masuk ke dalam jungle trailnya.
Namun begitu, ia bukan untuk semua orang kerana laluannya kadangkala sukar dan merbahaya. Pastikan anda membaca arahan di papan tanda yang di sepanjang laluan.

Waktu Terbaik Untuk Ke Sini

Jika anda ke sini sewaktu musim panas/kering, anda mungkin hampa kerana airnya cetek. Jadi hanya datang ke sini pada bulan di mana banyak hujan di Langkawi.





Selamat Datang ke langkawi

3hari 2 malam langkawi



The Royal Langkawi International Regatta is the premier sailing event organised by the Royal Langkawi Yacht Club and is held inLangkawi Island.